By: Santtana Looganaden
Seni Alat Pembebasan? Seni Untuk Masyarakyat’
Seni adalah segala sesuatu yang diciptakan
manusia yang mengandung unsur keindahan dan mampu membangkitkan perasaan orang
lain. Menurut aristoteles seni adalah bentuk yang pengungkapannya dan
penampilannya tidak pernah menyimpang dari kenyataan dan seni itu adalah meniru
alam.
Festival Seni
Unisel yang kali pertamanya diadakan di University Selangor, Unisel dihadiri oleh panelis yang profesional
dalam bidangnya tersendiri seperti Dinsman atau lebih dikenali dengan asalnya
Shamsudin Osman yang merupakan penulis isu sastera dan politik di Malaysia.
Yassin Salleh iaitu Penulis dan Pengarah Filem, Penasihat Eksekutif Editorial
Karangkraf Datuk Abdul Jalil Ali serta Jalius Jaibin sebagai Wakil Mahasiswa dengan
moderator yang juga Pensyarah Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan
Pengkomputeran Unisel, Ismail Hashim.
Penasihat Eksekutif
Editorial Sinar Harian, Datuk Abdul Jalil Ali berkata, dalam konteks hari ini,
sekiranya media sosial seperti Facebook juga dianggap sebagai medium seni, maka
penggunanya perlu bertanggungjawab, berwibawa dan mempunyai hasrat murni ketika
menggunakan medium tersebut.
Karya seni dalam pelbagai medium mampu
mempengaruhi dan membentuk budaya masyarakat namun, masyarakat perlu tahu dan
bijak memilih, sama ada seni itu bersesuaian atau tidak untuk mereka.
Dinsman berkata, saya yang merupakan seorang aktivis seni tidak menyukai
seni itu sebagai alat kebebasan. Jika seni sebagai alat pembebasan saya
berasakan seperti memperalatkan seni, kerana itulah sebabnya saya kurang
bersetuju.
“Pengalaman saya berkarya, karya terakhir saya iaitu Teater yang bertajuk
Atas Pokok yang pentaskan di
Tasik Shah Alam. Sebagai seniman
dan aktivis seni, setiap individu akan melalui proses kreativiti dalam
menghasilkan karya dengan pelbagai cara berbeza. Ada yang mudah dan ada juga
yang sukar.”
“Proses ini menyebabkan seniman rasa resah dan gelisah dissebabkan ada
sesuatu hidup dalam diri individu tersebut dan menuntut supaya individu
tersebut terus berkarya.” katanya.
Dalam pada itu, Abdul
Jalil kesal dengan sikap masyarakat sering menerima bulat-bulat ‘fakta’
daripada media sosial tanpa ada kecenderungan untuk menyiasat, sama ada
maklumat diterima itu benar atau tidak.
“Apa saja maklumat diperoleh
dianggap benar, dia boleh membentuk pendapat sendiri hanya dengan satu atau dua
perkataan atau satu dua gambar. Ini salah. Pertama, penggiat seni media sosial
itu sudah fitnah. Kedua penerima seni itu, ‘main bantai’ kata semua sekali
betul, akhirnya wujud masyarakat kelam kelibut seperti sekarang.
“Sama seperti seni-seni
lain dianggap bernilai tinggi oleh pihak lain dan sebagainya yang sebenarnya
hanya picisan, hingga masyarakat kita terikut-ikut dan terpengaruh dengan trend
yang ditayangkan oleh stesen TV, media dan sebagainya,” katanya.
Beliau tidak menafikan,
sebagai kolumnis dan kadangkala mengkritik, ada risikonya juga, namun
menegaskan perlu bertanggungjawab terhadap karya ditulis.
No comments:
Post a Comment