Monday, March 6, 2017

Aktiviti pengambilan pekerja dalam talian naik dua peratus tahun ke tahun pada Januari 2017


Aktiviti pengambilan pekerja dalam talian naik dua peratus tahun ke tahun pada Januari 2017
Aktiviti pengambilan pekerja dalam talian di Malaysia mencatatkan pertumbuhan dua peratus pada Januari 2017. - Gambar hiasan






















KUALA LUMPUR: Aktiviti pengambilan pekerja dalam talian di Malaysia
 mencatatkan pertumbuhan dua peratus pada Januari 2017 bagi perbandingan
 tahun ke tahun, kata Monster Employment Index (MEI).

Dalam satu kenyataan, MEI berkata ini merupakan kenaikan tujuh peratus
 daripada negatif lima peratus yang dicatatkan pada Disember tahun lepas.

Sektor penyedia perkhidmatan maklumat dan teknologi (IT), telekomunikasi
(telekomunikasi) /Internet dan penyumberan luar teknolgi maklumat yang
membolehkan proses perkhidmatan/perniagaan mencatatkan pertumbuhan
ketara sebanyak 36 peratus bagi perbandingan tahun ke tahun.

Ia merupakan kenaikan 21 peratus daripada 15 peratus yang dicatatkan pada
Disember tahun lepas.

Sebaliknya, sektor hospitaliti mengalami keadaan paling teruk, melaporkan penurunan
tahun ke tahun sebanyak -19 peratus pada Januari 2017.

Sementara itu, pekerjaan khusus, perisian, perkakasan dan bakat telekomunikasi
menyaksikan permintaan tahun ke tahun yang paling kukuh pada 57 peratus, yang
 juga merupakan pertumbuhan mendadak kumpulan dicatatkan dalam siri tersebut.

"Sektor teknologi kewangan yang semakin popular dan diberi tumpuan di Malaysia
telah banyak memacu pertumbuhan pengambilan pekerja dalam sektor Teknologi
Maklumat (IT), perbankan, perkhidmatan kewangan dan insurans (BFSI).

"Permintaan dalam industri logistik juga berkemungkinan memperlihatkan kenaikan
 sejajar dengan pelaksanaan logistik dan pelan induk pemudahan perdagangan.

"Ini adalah bukti dalam MEI kami, di mana permintaan bagi para profesional ini 

mencatatkan pertumbuhan positif," katanya.

MEI Malaysia adalah ukuran bulanan bagi aktiviti pengambilan pekerjaan dalam
 talian, berasaskan pada kajian masa sebenar peluang pekerjaan.

Indeks tersebut tidak menggambarkan arah aliran mana-mana pengiklan
atau sumber, tetapi merupakan ukuran perubahan dalam senarai pekerjaan
dalam industri tersebut.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment