Wednesday, March 1, 2017

 MPP Universiti Selangor Tahun 2017/2018

By : Damia Nursyaza 
Shah Alam : Seramai empat puluh dua  orang pelajar terpilih sebagai calon Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UNISEL Sesi 2017/2018. 
Sebanyak dua puluh enam orang calon bagi kampus Shah Alam manakala enam belas calon pula di kampus Bestari Jaya. Proses penamaan calon berjalan dengan lancar sekali menyaksikan setiap calon yang bertanding membawa dua wakil sebagai penyokong dan pencadang.
Di Shah Alam, terdapat  tiga belas pencalonan dan hanya satu pencalonan ditolak untuk kerusi umum manakala kesemua lapan belas pencalonan untuk kerusi fakulti layak bertanding mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Daripada lapan belas kerusi fakulti, hanya satu kerusi yang mewakili Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat diisytiharkan menang tanpa bertanding. Kesemua calon fakulti mewakili tiga  fakulti di kampus Shah Alam.
Di kampus Bestari Jaya pula terdapat tujuh pencalonan untuk kerusi umum manakala sembilan pencalonan bagi kerusi fakulti layak bertanding. 
Lima kerusi di Fakulti Pendidikan & Sains Sosial dan 2 kerusi di Fakulti Kejuruteraan & Sains Hayat diisytiharkan menang tanpa bertanding. Kesemua calon yang bertanding mewakili empat fakulti di kampus Bestari Jaya. 

Namun demikian tiada pelajar Antarabangsa yang menawarkan diri untuk bertanding.Proses Penamaan Calon, Bantahan, dan Pengumuman Calon Bertanding bermula pada jam 9 pagi sehingga 12 tengahari bertempat di Dewan Pro-Cancelor bagi kampus Shah Alam manakala di kampus Bestari Jaya pula bertempat di Dewan Canselori.

Kempen Pengenalan Calon akan bermula esok 22 Februari dan tempoh berkempen adalah sehingga 28 Februari. Pemilihan MPP akan dibuat pada 1 Mac depan di mana ia bakal memilih calon yang dapat membantu menjaga kebajikan selain melancarkan segala perjalanan aktiviti di UNISEL. 

Dalam pada itu, calon-calon dinasihatkan untuk berkempen secara sihat dan tiada sebarang insiden provokasi dicetuskan oleh mana-mana pihak sepanjang tempoh berkempen.

No comments:

Post a Comment