Monday, March 6, 2017

Siti Kasim tolak pelawaan debat dengan Dr.Zakir, anggap ia bodoh

Siti Kasim tolak pelawaan debat dengan Dr.Zakir, anggap ia bodoh
Siti Kasim tolak pelawaan berdebat dengan Dr Zakir.
 - Gambar Facebook Official Siti Kasim


AKTIVIS dan peguam, Siti Kasim, menolak undangan debat yang diatur dengan
penceramah Dr. Zakir Naik.Undangan itu, sebelum ini dibuat oleh 
Pegawai Khas Pejabat Penasihat Perdana Menteri,
Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahaya, yang mencadangkan satu sesi
dialog diadakan antara Siti dan Dr Zakir.

Ia bertujuan untuk menjelaskan beberapa perkara,
kerana menurut Dr Fathul, Siti Kasim tidak mengenali Dr.Zakir dan apa yang
diperjuangkannya.
Dr.Fathul sebelum ini membuat undangan tersebut kepada
 Dr.Zakir dan penceramah 
dari India itu telah pun menyatakan kesediaannya untuk berbuat demikian.

Ia susulan tindakan 19 saman sivil daripada 19 aktivis masyarakat termasuk Siti Kasim,
dan empat yang lain untuk mendapatkan perintah mahkamah bagi
mengisytiharkan pendakwah itu ancaman kepada keselamatan negara.

Namun Siti, dalam status yang dikemaskini malam tadi, menyifatkan undangan
dan 'cabaran' yang diutarakan sesetengah pihak agar dia dan Dr.Zakir berdebat,
sebagai satu perkara bodoh.


Kata Siti, apa yang berlaku kini seolah-olah sengaja membuat
serangan peribadi ke atas dia dan seorang lagi peguam, Asiah Abdul Jalil,
memandangkan mereka adalah wanita.

"Saman yang dibuat 19 orang planitif, tapi hanya kami berdua sahaja yang 'diserang'. Kenapa?

"Jika orang-orang bodoh ini berfikir bahawa saya mengalami obsesi tidak rasional dan tidak
produktif dengan pendapat orang lain mengenai saya,
maka mereka boleh kekal sebagai keldai selama-lamanya.

Jadi, jangan buang masa saya,"tulis Siti Kasim.

Undangan debat juga disifatkan tidak masuk akal memandangkan kes itu sudah
 diserahkan kepada mahkamah.

No comments:

Post a Comment