Thursday, March 16, 2017

Saya Nak Kurus ?

Image result for kurusImage result for kurus

Sebaagai seorang wanita mesti inginkan bentuk badan yang kurus dan cantik seperti artis mahupon idola mereka malah ada sesetengah mereka sanggup menghabiskan wang ringgit untuk kelihatan cantik dan kurus bagi memenuhi impian mereka

Seperti saya , saya bercita-cita nak kurus . Azam setiap tahun nak kurus tetapi tidak .Selain itu , bagi yang beragama islam perayaan Hari Raya Aidilfitri menjadi acara tahunan untuk kelihatan kurus dan cantik ketika itu . Malah , ada sesetengah pihak memasang azam untuk kurus sebelum raya . Jadi sebagai wanita kalau tidak kurus dan tidak cantik mereka akan hilang keyakinan diri dan mood untuk berhari raya menjadi hambar kerana mereka tidak cantik dan lawa .

Setiap tahun bazaar ramadan malah gedung pakaian berjenama mahupun tidak akan menjual dan memaparkan pakaian yang cantik bagi menarik perhatian pelanggan untuk membeli . Jika yang bernasib baik size baju yang pelanggan inginkan ada atau kehabisan stok.

Tidak dinafikan faktor  Malaysia adalah syurga makanan ia sangat susah untuk rakyat untuk tidak  menikmati makanan yang sedap yang ada di negara ini . Kepelpagaian penduduk menyebabkan Malaysi dikenali sebagai syurga makanan.

Seperti azam tahun-tahun lepas nak kurus sebelum raya  adalah sukar untuk berjaya jika keinginan kita seperti bak kata pepatah " hangat-hangat tahi ayam" . Maka dengan itu kita harus fokus dan yakin dan sabar untuk kurus kerana lemak yang ada dalam badan kita tak akan cair dalam masa 10 minit ia memerlukan masa dan tenaga untuk dicairkan . Jika kita sudah gemuk selama 10 tahun apa salahnya tunggu setahun untuk betul-betul kurus  .


Ikhlas,
love syaza

No comments:

Post a Comment